” Guru Ibarat Lilin Membakar Diri Demi Menerangi Insan Lain”,
Itulah pepatah yang paling sinonim bagi para guru dari dulu hingga sekarang. Sempena “Hari Guru – 16 Mei 2010 ” satu sambutan telah diadakan bagi meraikan insan bergelar warga pendidik.
Majlis perhimpunan di penuhi amanat dan ucapan daripada para guru kepada murid-murid SKFC dan seterusnya dengan Ikrar para Guru SKFC.Majlis perhimpunan di akhiri dengan bersalaman antara pelajar dan guru.Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk memberi cenderahati kepada para guru sebagai tanda terima kasih.
Majlis tidak berakhir disini sahaja.Seterusnya diikuti dengan pertandingan menghias kek oleh para guru di kantin sekolah.Semua guru mengeluarkan bakat-bakat yang terpendam untuk menghiasi kek bagi menghasilkan kek yang paling cantik,menarik dan ceria yang bertemakan “Selamat Hari Guru”.
Pertandingan Menghias Kek
Pertandingan menghias kek di sertai oleh semua warga tenaga pengajar SKFC. Syarat utama bagi pemilihan pemenang adalah mempunyai tema “selamat hari guru” serta kecerian,kekemasan dan kekreatifan.Tempat pertama bagi kategori perempuan dimenangi oleh Cikgu Siti Zaharah Yazid manakala bagi kategori lelaki dimenangi olehCikgu Norhalim bin Marmin.Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang lain.
Tempat pertama bagi kategori lelaki dan perempuan
Antara kek-kek yang lain